Featured

Larian Desa Indah & Mampan 2019 @ Sabak Bernam

Sebut je Sabak Bernam mesti semua tertanya-tanya, apa yang menarik sangat kan! sampai nak masuk larian dekat sana. Sebenarnyakan, salah satu tarikan pelancongan yang banyak terdapat dekat Negeri Selangor ni adalah alam semula jadi. Daerah Sungai Besar merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran padi yang tertinggi dan perkampungan nelayan.

Terletak di utara Negeri Selangor, dengan jarak 102km dalam perjalanan dari Subang Jaya atau secara kasar mengambil masa 2 jam 10 minit perjalanan melalui jalan persekutuan korang dah boleh sampai.

Sebut je padi, semestinya ramai yang suka bergambar berlatarkan panorama kampung dan sawah bendang  Oleh sebab itu aku plan nak join Larian Desa Indah & Mampan 2019 yang diadakan pada 29 Jun 2019.Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu 13 kilometer (km) terbuka, 10km veteran dan 6km santai. Untuk runcation ini aku bersama rakan telah berlari menakluki daerah Sabak Bernam sejauh 13KM. Kalau ada runcation ke luar kawasan ni dah kira berjalan sekali lah kan.

 Hotel Grand Court Inn ni tempat stay aku selama 3D2N.. lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran tempat permulaan acara larian dan hotel ni juga betul-betul di tengah pekan Sabak Bernam.

Anggaran peserta larian tidak ramai, mungkin sebab acara ini diadakan diluar bandar… agaknya kalau dekat KL ribu-ribu yang join.

 Flag off sepatutnya jam 6.30am, nah amik kau.. jam 7.45am baru kami dilepaskan… selalu aku kalau nak running tak pernah lagi start lewat macam ni.. ni event ikut je la cara orang kan..

mula berlari dari stadium sungai besar.. masuk kampung dan seterusnya ke bendang… memang owesome la orang kata.. tapi sayang time lari ni tak bawa pula handphone..

Kalau lari tak pernah nak senyum.

Entah macam mana boleh dapat 7th Men Open.. hahaha.. first time podium.. maybe tak ramai pelari elit yang join kot.

Gambar kenang-kenangan.

Sebelah petang pula, aktiviti wajib ni kalau datang tempat orang tak makan benda pelik-pelik memang tak sah.. pelik tu maksudnya makanan yang susah nak cari dekat tempat kita lah.

Jika korang tergolong sebagai penggemar makanan eksotik, terdapat satu restoran di Sabak Bernam yang menyediakan hidangan ini iaitu Orang Orang Art Cafe yang terletak di Parit 3 Timur, Sungai Besar.

 Untuk menikmati rasa dan tekstur belangkas yang asli, pilihlah Belangkas Bakar.

Dibakar dengan secukup rasa. Lebih enak bila dinikmati dengan air asam. Dan paling rugi kalau datang sini tidak mencuba Sup Belut memang tak sah…

Shell out seafood, memang sedap sebab ada mentarang sekali dalam tu.

Restoran ni pernah dikunjungi kru Jalan Jalan Cari Makan..memang superb.

 Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, korang boleh jumpa Pantai Bagan Nakhoda Omar.Dekat sini korang boleh bawa family lepak-lepak tengok sunset or Makan Mee Udang yang popular.. tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang. 

Dalam perjalan balik tu, saja je kami lalu untuk ke Pekan Sungai Air Tawar, pekan ni kecil je.. dan dengan secara tiba-tiba ternampak orang jual durian dekat tepi jalan.. selonggok RM30 dan yang paling best kalau beli dua longgok RM50.. semoga murah rezeki pakcik dan makcik yang jual tu.

Untuk hari kedua pulak.. plan nak mancing ikan dekat bendang..

kebetulan ada member lama kerja satu pejabat dulu , senang sikit la plan ni..sebenarnya Ikan ‘sawah’ ni jadi buruan pemancing santai..pemancing macam aku la..hahaha.

 Orang cakap, kalau nak memancing mesti ada ilmu dan berguru. Sebelum keluar memancing, lengkapkan ilmu di dada, aku ni bukanlah peminat tegar memancing ikan.. just suka-suka je, tu yang dapat anak ikan.. macam gambar kat bawah ni.hehe. jadilah dari tak dapat apa.

 Korang tahu tak, kalau nak memancing ikan puyu dekat bendang ni mulai dari umpan universal atau cacing.

Memancing ikan di sawah merupakan satu aktiviti yang menghasilkan ikan serta menyeronokan di kalangan kaki pancing dan masyarakat kampung.. seperti dalam gambar ini. Ihsan gambar: Google

Selesai mengelapkan kulit seharian.. kini tiba masanya untuk balik . On the way balik tu, kami singgah dekat Pasar Ikan Sungai Haji Dorani.. korang kalau nak beli ikan murah-murah boleh beli dekat pasar ini..

Sepinggan banyak ni RM8 je.
Udang sepinggan RM5 & Ketam RM10.. murah.

 Sekian…. laporan Runcation Larian Desa Indah & Mampan 2019.

ARKL Run For The Oceans 2019

An initiative by adidas and Parley Ocean School is a global movement that harnesses the power of sport to raise awareness around the threat of marine plastic pollution and inspire positive action. To date almost 1 million runners have laced up in order to take a stand for the oceans. For every kilometer you run, adidas shall contribute $1 to the Parley Ocean Plastic Program.

In 2019, RFTO is returning with the aim to continue our efforts to address the devastating levels of marine plastic pollution.

Saturday, 15 June 2019 was my first  tribe run with the Adidas Runners (AR) Kuala Lumpur and it’s was themed event labelled “Run for the Oceans”.

Today’s event takes place at Putrajaya Challenge Park,  with registration starting at 16:00hrs. Registered participants were each given an AR Run for the Oceans event tee, an Adidas water cup reusble and all of us were pleasantly surprised. After we have checked in and deposited our bags, we headed out to the playground area to enjoy the cooling afternoon weather and take some photos around the event site.

Today’s event was a big one with not only a big turn out by the participants but there were some local talents from the media coming also to support the event. The event was emcee by 103.3 FM’s Radin and partner, but im forgot she name!.

Before the event started, both the emcee encouraged everyone to track our run using the RUNTASTIC app as Adidas will be donating $1 USD  for every kilometre for the first million kilometer that is clocked in between 8 June to 16 June 2019. The money will then go directly to the Parley Ocean Plastic Program to further cut into the pollution problems.

The actual run was flagged off around 17.45PM and it was lead by AR Kuala Lumpur Captains and Co-Captains with all the participants following behind divide with group in pacer.

ARKL Captain

Marine plastic pollution is an issue for the global community, impacting all parts of the world. That’s why RFTO is a worldwide initiative and is continuing to expand this year with more runners in more cities than ever before uniting in the fight for shorelines.

Waterstation Air Kelapa

Once all of us had completed the run, we all treated to nice,  a simple refreshment buffet That was definitely a welcomed treat as many of us were hungry.

Overall, it was a great way to start my weekend. I’m sooo happy that I managed to do my part in today’s event even though how small it may be. Big thanks to Adidas Kuala Lumpur for organising this meaningful event!

  #ARKL #adidasrunnerskl #RunForTheOceans

Masih Keseorangan, Dugaan Seorang “Single”

Hari ini Syawal yang ke 8 bagi semua umat Islam, so how yours raya ok?.

Ok berbalik pada tajuk dekat atas tu entah macam mana aku boleh terfikir untuk create satu cerita mengenai “Orang Bujang”. Idea ni dengan secara tiba-tiba datang selepas aku bangun tido hari ini dengan mimpi yang lebih kurang tajuk entry ini.. so pandai-pandai la korang hadam ye.. hehe.

Setiap manusia pasti akan ada yang menempuh dugaan dan rintangan yang berliku. Sama ada menempuh dugaan dengan berseorangan atau berpasangan. Namun, bagi mereka yang masih bujang, masih tidak bertemu jodoh yang sesat entah kemana pasti ada sahaja dugaan bagi mereka kan?.Bagi mereka yang sudah berkahwin, sudah bertunang atau sedang dilamun cinta pasti dugaan itu hanya kecil sahaja kan.

Tetapi…tidak bagi mereka yang single macam aku ini..hehe

Janganlah memperkecilkan dugaan sesiapa sahaja kerana hanya yang merasai dan menempuhi sahaja tahu kemampuan diri mereka sendiri, so aku nak share antara dugaan orang bujang atau single ini.

1. Pergi ke mana-mana sorang-sorang.

Sebenarnya korang bukan sahaja berdikari, malah tak kesah untuk meluangkan masa keseorangan dimana saja tak kira waktu masa dan tempat. Kalau ada yang pertikaikan korang sering makan keseorangan, tengok wayang keseorangan, shopping keseorangan tetapi korang tetap dengan pendirian korang kan walaupun hati sakit dan pedih dapat soalan yang macam tu.

“Asyik pergi sorang je takde kawan ke”

“Cepat2 lah kahwin, nanti nanti senang kemana-mana ada teman”

2. Selalu ternampak pasangan yang bahagia dan gembira.

Kalau korang dah ada pasangan kan, mesti teringin nak jadi bujang semula kerana tak tahan nak melayan perangai pasangan korang.Tetapi apabila dah jadi bujang semula dikeliling pulak dengan semuanya yang sudah bertunang, berkahwin, seronok sedang bercinta. Mungkin korang lihat semuanya tengah bahagia dan gembira dan masa tu korang akan rasa perasaan cemburu melihat mereka dan masa tu jugaklah korang akan rasa kesunyian pulak.

3. Apabila mendapat kad jemputan perkahwinan, tak tahu nak pergi dengan siapa.

Ni mesti korang pernah alami kan? perkara yang paling korang nak elakkan adalah semasa menerima jemputan perkahwinan dari kawan-kawan. Confirm perkahwinan kawan pejabat  atau kawan sekolah akan menjadi satu reunion la orang cakap bagi yang jarang dan lama tak berjumpa.Yang menjadi masalahnya apabila tiada kawan pulak nak temankan ke majlis tersebut dan confirm lah yang datang nanti semua dah berpasangan.

So, buat lah keputusan samaada nak pergi atau tak majlis tersebut kan. Pergi berseorangan, paksa kawan baik ikut,  atau pergi dengan ibu bapa or just comment kat wall Facebook? korang pilih mana satu.

4. Susah bertemu jodoh, kawan-kawan keliling dah tukar ganti pasangan & selalu OTP je,

 Setiap kehidupan manusia berbeza perjalanan hidup dan rintangannya. ada yang masih belum jumpa jodoh, dah putus lepas tu susah pulak nak cari penganti namun ada jugak yang senang je cari penganti baru. Hurmm, itu lah yang dinamakan jodoh dan baru terpikir kita susah pulak nak cari jodoh.. mula curiga kat situ.

5.Semua kawan baik dah berkahwin, korang masih lagi keseorangan .

Inilah situasi yang agak memilukan bagi sebahagian orang yang single dan termasuk lah aku sendiri. Korang akan menjadi resah dan sangat gelisah termasuk risau, kalau boleh korang nak sorok kan perasaan gelisah tu semua pada masa tu. Yela, masa tu dah tiada lagi kawan untuk bersembang, shopping sama-sama. Pada masa tu nak Whatsapp mereka lepas ni pun kena berhati-hati dan kena tengok waktu yang sesuai untuk contact sahabat baik.

6. Masih keseorangan lagi semasa perjumpaan keluarga atau hari raya.

Setiap tahun, mesti ada family kita yang buat family day ataupun hari raya kan. Masa ini lah nak eratkan hubungan keluarga yang renggang lama tak jumpa, asyik sibuk kerja memanjang. Memang seronoklah jumpa sanak saudara kan.Tetapi dalam seronok tu sedara mara yang sebaya semua dah kawin anak sederet macam tangga lagi. Namun korang masih lagi keseorangan.. huhu.

Jadi inilah serba sedikit dugaan-dugaan pada semua yang pernah bergelar single mengalaminya kan, untuk makluman, cerita ini bukan lah nak menyuruh korang terus membujang, tak sama sekali mungkin jodoh korang  masih belum sampai. Nanti dah sampai, aku ajak dia masuk. so jangan risau.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dekat korang yang lalu untuk baca blog aku ini. kalau ada terkasar bahasa semasa membaca tu maaf-maaf kan je la ye.

Bagi yang mencari pakej ke Korea atau Tour Guide Korea boleh contact untuk pertanyaan.

pssss… Jangan lupa click iklan.

Design a site like this with WordPress.com
Get started